Subscribe:

Ads 468x60px

Sample text

Social Icons

Featured Posts

Sunday, September 22, 2013

Palang Oh Palang!

Perlaksanaannya di Jalan kristal 

MIMPI? 

HANGAT-HANGAT TAIK AYAM?

ATAU KENYATAAN?

Respon anda amat diperlukan.... sila komen

Monday, October 22, 2012

Perasmian Gerai dan Menonton Perlawanan Bola

Pada hari Sabtu, 20 Oktober yang lalu penduduk Muafakat Kristal 7 telah menghadiri majlis Perasmian Gerai Persatuan Belia Kristal 7 seterusnya menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 di antara ATM dengan Kelantan dilayar gergasi.

Majlis bermula selepas Isya'. Sekitar 60 orang penduduk tua, muda, kecil besar, lelaki, perempuan, bersama-sama berkumpul memeriahkan majlis.

Menyaksikan perlawanan di layar gergasi.

Gerai turut beroperasi dengan memberikan juadah percuma sempenan pembukaan rasminya.



GOLLLLLL!!!!!! orang muda...

 GOLLLLLL!!!!!! orang lama...



Boleh klik Album untuk lihat foto penuh.

Monday, October 15, 2012

Perasmian Gerai Persatuan Belia Kristal 7

Dimaklumkan bahawa gerai makanan dan minuman Persatuan Belia Kristal 7 dengan kerjasama Persatuan Muafakat Penduduk Kristal Seksyen 7 akan dibuka secara rasmi. Berikut adalah butiran terperinici.

Tarikh : 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Gerai Persatuan (bersebelahan dengan Gelanggang Futsal Kristal)
Acara : Menonton Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012


 

Semua penduduk dan kariah dijemput hadir bagi memeriahkan aktiviti ini. Terima kasih.

Lokasi : 3.074363,101.482638


Thursday, October 11, 2012

Kemalangan Kecil

Satu kemalangan kecil telah berlaku petang semalam, 10/10/2011 sekitar jam 6 petang. Kejadian berlaku di persimpangan masuk ke jalan 7/76.

Kemalangan dipercayai berlaku di antara sebuah Myvi putih dari arah pembinaan Masjid Seksyen 7 cuba untuk masuk ke jalan 7/76. Bagaimanapun dimaklumkan pemandu juga seorang lelaki tidak menyedari sebuah Satria Neo hitam dari arah Anjung Kristal yang terus ke jalan besar.

Myvi putih mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian tayar depan, manakala Satria Neo sedikit kemek dibahagian pintu pemandu. Dilaporkan juga pemandu Myvi mengalami kecederaan namun telah di hantar ke hospital oleh Ambulance Klang yang telah dihubungi oleh salah seorang penduduk Kristal 7.

Terima kasih kepada pihak polis dan penduduk Muafakat Kristal 7 ini kerana membantu. Dinasihatkan kepada penduduk supaya berhati-hati semasa memandu, kerana sudah beberapa kali kemalangan berlaku di selekoh ini.



Tuesday, October 9, 2012

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Sementara

Satu mesyuarat telah diadakan bagi merealisasikan penubuhan Persatuan Muafakat Penduduk Kristal Seksyen 7, Shah Alam seterusnya menerima perlantikan jawatankuasa sementara.

Mesyuarat telah diadakan di Anjung Surau Ar-Rayyan.

 


Kedai Gunting Rambut Ar-Rayyan

Untuk makluman semua Kedai Gunting Rambut telah beroperasi di bangunan pejabat Belia Kristal 7.




Waktu Operasi setiap hari Sabtu dan Ahad.



Lokasi : 3.074363,101.482638