Subscribe:

Ads 468x60px

Sample text

Social Icons

Thursday, October 11, 2012

Kemalangan Kecil

Satu kemalangan kecil telah berlaku petang semalam, 10/10/2011 sekitar jam 6 petang. Kejadian berlaku di persimpangan masuk ke jalan 7/76.

Kemalangan dipercayai berlaku di antara sebuah Myvi putih dari arah pembinaan Masjid Seksyen 7 cuba untuk masuk ke jalan 7/76. Bagaimanapun dimaklumkan pemandu juga seorang lelaki tidak menyedari sebuah Satria Neo hitam dari arah Anjung Kristal yang terus ke jalan besar.

Myvi putih mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian tayar depan, manakala Satria Neo sedikit kemek dibahagian pintu pemandu. Dilaporkan juga pemandu Myvi mengalami kecederaan namun telah di hantar ke hospital oleh Ambulance Klang yang telah dihubungi oleh salah seorang penduduk Kristal 7.

Terima kasih kepada pihak polis dan penduduk Muafakat Kristal 7 ini kerana membantu. Dinasihatkan kepada penduduk supaya berhati-hati semasa memandu, kerana sudah beberapa kali kemalangan berlaku di selekoh ini.



0 comments:

Post a Comment